Hobi kedua..

Ni Sha nak sambung cerita tentang hobi sambungan yang dulu tentang decoupage. Bila dah banyak buat decoupage dan banyak tengok dalam internet...timbul minat baru yang tak jauh cabangnya dari decoupage iaitu folk art. Bezanya yang ni kena lukis sendiri menggunakan acrylic paint. Yang ni susah juga kalau tak berguru. Tengah dok surf forum WMC Sha terbaca tentang kelas folk art ni untuk beginer. Dia caj RM50 untuk 2 jam. Tengok harga agak ok dan kebetulan ada collegue Sha, Kak Ayu a.k.a Marsya memang nak join so apa lagi....hari Ahad kami pool kereta pergi Shah Alam seksyen 7.

Kelas pertama ni kami belajar buat stroke...macam2 bentuk..nak tergelak pun ada tengok stroke yang Sha buat..keras semacam jer..lepas tu Sha belajar buat bunga Daisy...mula2 buat buku lepas tu cuba buat kat pencil holder. Teringin nak buat rose...tapi tu untuk second class.

Rupa2nya kelas pertama Sha tu bukan RM50 tapi RM350 sebab nak kena beli berus, acrylic paint, sponge, white gesso.......mmmm nasib baik cukup bawak duit aritu....seronok gak belajar tapi tang kluar duit memang tak seronok....nanti Sha upload gambar.

Comments