TUTORIAL 2: 3D DECOUPAGE

Bahan2 yang diperlukan:
Semua sama spt kita buat normal decoupage,kecuali ada tambahan plastik transparent (acetate plastik).Plastik ni boleh beli di stationery shop, yang biasanya org buat cover binding book tu.

1-mula2 gesso kan rata2 plastik tadi.
2-sementara tunggu kering,cuba susun corak tisu yang dipilihatas wood atau plak.
3- dan kenalpasti mana satu motif corak yang ingin di "3D"
4- bila dah susun and kenal pasti ni, kita boleh anggarkanberapa helai tisu perlu diguna sebab
dalam sehelai tisu adakalanya satu bunga(jika pilih motif bunga) tu ada sekuntum je yang
angle dia macam tu.
5- jika nak buat 3D kena buat beberapa lapis,jadi corak yangsama diperlukan.itu yang kadang2
lebih dari sehelai tisudiperlukan hanya utk gunting corak bunga yang serupa.Utk layer paling
bawah:
6- Tampal corak tisu yang dipilih macam biasa ataswood/plaque/tin.Selesai semuanya,jangan
lupa varnish.(iniproses yang biasa bila buat decoupage)Utk layer 3D
7-tampal corak tisu yang dipilih utk lapisan kedua,ketiga danseterusnya tu di atas acetate
plastik yang telah di gesso kan.
8- mesti varnish.
9-bila dah kering,gunting corak2 yang ditampal atas acetateplastik tadi.
10- guna double side tape yang jenis foam tu, dan tampalkanatas layer yang pertama tadi.
11-ulang utk layer setrusnya mengikut corak yang anda susun.Utk hasilkan imej 3D,mesti
bezakan setiap lapisanbaru cantik.(walaubagaimanapun terpulang kpd kreativiti memasing).

Cth.Jika motif bunga.Sekuntum bunga yang ada daun, dan ada pucuknya.
Lapisan bawah (normal decoupage)- keseluruhan corak iaitu: bunga + daun + pucuk
Lapisan atas pertama(3D yang acetate plastik td)- bunga + daun
Lapisan atas kedua(3D yang acetate plastik td)-bunga sahaja.
Maka terhasillah imej 3D tadi..

Sumbangan E-JA WMC

Comments